Pemilik University College Bestari

University College Bestari merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang dimiliki oleh NGO yang tidak bermotifkan keuntungan dengan pecahan saham seperti dibawah. 

Shareholder

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM MALAYSIA  (PEYATIM) - 50%

Merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 1990 yang mengabungkan rumah–rumah anak yatim di Malaysia. Pada masa sekarang PEYATIM mempunyai 63 buah ahli gabungan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Seramai 4000 anak–anak yatim yang berumur 7 hingga 17 tahun tinggal di rumah anak yatim gabungan PEYATIM pada masa ini. Ibu pejabat PEYATIM terletak di 37, Jalan Nirwana 39, Taman Nirwana, Ampang, Selangor. Maklumat lanjut boleh layari laman web peyatim di www.peyatim.com

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM TERENGGANU (PERKAYA) - 30%

Ditubuhkan pada tahun 1980 bertujuan menempatkan anak–anak yatim dari seluruh negeri Terengganu di sebuah asrama bagi memberi pendidikan yang sewajarnya. Pada masa ini, PERKAYA mempunyai 2 buah asrama anak yatim iaitu di Pulau Kerengga, Marang seramai 400 orang anak yatim dan di Jabi, Besut seramai 120 orang anak yatim. Kedua–dua asrama ini menerima anak yatim yang berusia 13–17 tahun yang berpotensi dalam keputusan UPSR. Ibu pejabat PERKAYA terletak di 423-B, Jalan Pusara, 20400 Kuala Terengganu.

YAYASAN KEBAJIKAN NEGERI TERENGGANU (YAKIN) - 20%

Ditubuhkan pada tahun 1995 bertujuan untuk memberi bantuan kepada anak–anak miskin di seluruh negeri Terengganu terutamanya dalam bidang pendidikan. Pada umumnya, YAKIN akan mengadakan aktiviti–aktiviti yang berbentuk motivasi, seminar dan sebagainya kepada golongan sasar dengan kerjasama agensi–agensi berkenaan. Golongan sasar ini terdiri daripada anak–anak miskin  berumur di antara 7 hingga 17 tahun. Keutamaan program ini dibuat bagi anak–anak miskin yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Permohonan Online:https://apps.ucbestari.edu.my/prasiswazah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Unit Equine UCBestari

Universities are no longer considered 'ivory towers' - PM