Agrosains di UCBestari
Taman Trigona Bestari
https://www.facebook.com/tamantrigonabestari/
Penternakan koloni kelulut di UCB telah berjalan sejak 2015 lagi. Koloni kelulut pernah mencecah lebih seratus sarang disini. Namun disebabkan telah diserang beruang sebanyak 3 kali, jumlah sarang ketika ini hanyalah kira-kira 45 sahaja.
UCB telah bekerjasama dengan MAIDAM, Jabatan Pembangunan Wanita dan ECER untuk melatih ibu tunggal, keluarga golongan B40 dan bakal usahawan cara-cara menternak kelulut sehingga tahap memecah sarang untuk membuat koloni baru. Pemantauan berterusan juga dilakukan selepas kursus tersebut.
Madu yang dijual disini adalah madu asli, madu yang telah melalui proses double boiling (mengurangkan kandungan air) dan pelbagai produk hiliran lain seperti sabun, coklat dan minuman.
Ladang Nenas MD2Ladang Sayur
Ladang sayur UCB menggunakan konsep "timed sprinkler" bagi mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Tanas seluas 20 ekar diperuntukan untuk tanaman bendi, terung bulat dan kacang panjang yang boleh dikutip hasilnya setiap 3 bulan.
Untuk fasa seterusnya, tanaman pisang dan betik akan ditanam dikawasan seluas 20 ekar juga. Pisang dijangka mengeluarkan hasil selepas 6 bulan manakala betik dijangka mengambil masa 9 bulan.
UCBestari menawarkan program DIPLOMA PENGURUSAN LADANG. Syarat kemasukan ialah Lulus SPM dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan Sains serta lulus matematik atau kelayakan lain dalam bidang ini yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia seperti Sijil dari Institut pertanian atau Sijil Kemahiran tahap 3.
Permohonan boleh dibuat di https://apps.ucbestari.edu.my/prasiswazah/
Kecekalan Merintis Kejayaan
Ulasan
Catat Ulasan