Projek Fertigasi Pelajar Diploma Pengurusan Ladang UCBestari

Melawat tapak projek fertigasi cili, bendi & terung pelajar jurusan Diploma Pengurusan Ladang di rumah mereka untuk menjana pendapatan keluarga mereka.

Disamping itu, mereka juga menyelia 4 projek fertigasi penduduk disekitar tempat tinggal mereka untuk berkongsi ilmu yang dipelajari di University College Bestari.

Bermula dengan modal sendiri kira-kira RM1k, Projek ini telah mendapat perhatian pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Setiu yang akan memberi bantuan dalam bentuk peralatan, baja & benih.

Semoga hasrat UCBestari untuk melahirkan pelajar holistik bercirikan imam, pemimpin & usahawan akan terus subur.

#learningbydoing #ucbagroprenuer #ucbdanmasyarakat #kecekalanmerintiskejayaan







Syarat kemasukan Diploma Pengurusan Ladang UCBestari Rujukan MQA : (N/812/4/0061) seperti berikut:-

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia, SPM dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian atau yang setaraf dengannya
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia, SPM dengan sekurang-kurangnya satu (1) kepujian dan Sijil Kemahiran, Tahap 3 (Sijil Kemahiran Malaysia, SKM)
Sijil yang diiktiraf dalam bidang yang berkaitan Atau; Sebarang kelayakan lain yang setaraf

Calon SPM2020 boleh memohon mengunakan keputusan percubaan SPM di sini

Jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi 019-4101400 telefon atau wasapp.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Unit Equine UCBestari

Universities are no longer considered 'ivory towers' - PM

Pemilik University College Bestari