Sejarah UC Bestari
Kolej Teknologi Bestari (KTB) mula beroperasi secara rasmi pada 4 Jun 1998, di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu. YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Bin Mansor mencetus idea untuk menubuhkan sebuah kolej,di mana Kolej yang bermatlamat untuk meningkatkan pendidikan golongan anak yatim, pelajar dari golongan B40 dan pelajar luar Bandar yang tidak mendapat untuk menyambung pelajaran
Kampus KTB di Kampung Saujana, Setiu (4 Jun 1998
Pada Tahun 2004 KTB mengorak langkah berpindah ke kampus utama di Putera Jaya, Setiu, Terengganu.Kampus seluas 320 ekar bernilai RM30juta. Menawarkan program kerjasama UPM, UTM, UUM dan UiTM serta kawalselia USM, UKM dan UUM. Juga menawarkan program di bawah JPK (MLVK).Matlamat untuk meningkatkan pendidikan golongan anak yatim, golongan miskin dan pelajar luar bandar.
Perletakan Batu Asas (Oktober 2000)
1 Ogos 2012, KTB telah di naik taraf menjadi University College
Bestari.dengan penyusunan semula struktur pentadbiran, penambahan program
pengajian dan perancangan plan
pembangunan bagi meningkatkan fasiliti selaras dengan matlamat kami untuk
menjadi sebuah Universiti penuh.
University College Bestari merupakan sebuah institusi
pengajian tinggi swasta pertama yang berusaha memartabatkan anak yatim dan
miskin yang mempunyai pencapaian baik
dalam bidang akademik melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih
tinggi.
Setelah beroperasi selama 8 tahun
sebagai kolej universiti, University College Bestari kini sedang memohon untuk dinaikkan taraf
sebagai Universiti untuk terus membuka peluang pengajian kepada anak
yatim dan miskan serta golongan yang kurang berkemampuan.
Mohon Sekarang: https://apps.ucbestari.edu.my/prasiswazah/
www.ucbestari.edu.my
BalasPadam