Sejarah UC Bestari

 Kolej Teknologi Bestari (KTB)  mula beroperasi secara rasmi pada 4 Jun 1998, di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu. YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Bin Mansor mencetus idea untuk menubuhkan sebuah kolej,di mana Kolej yang bermatlamat untuk meningkatkan pendidikan golongan anak yatim, pelajar dari golongan B40 dan pelajar luar Bandar yang tidak mendapat  untuk menyambung pelajaran

Kolej Teknologi Bestari

Kampus KTB di Kampung Saujana, Setiu (4 Jun 1998

Pada Tahun 2004 KTB mengorak langkah berpindah ke kampus utama di Putera Jaya, Setiu, Terengganu.Kampus seluas 320 ekar  bernilai RM30juta. Menawarkan program kerjasama UPM, UTM, UUM dan UiTM serta kawalselia USM, UKM dan UUM. Juga menawarkan program di bawah JPK (MLVK).Matlamat untuk meningkatkan pendidikan golongan anak yatim, golongan miskin dan pelajar luar bandar.

Pecah tanah

Perletakan Batu Asas (Oktober 2000)

1 Ogos 2012, KTB telah di naik taraf menjadi University College Bestari.dengan penyusunan semula struktur pentadbiran, penambahan program pengajian dan  perancangan plan pembangunan bagi meningkatkan fasiliti selaras dengan matlamat kami untuk menjadi sebuah Universiti penuh.

 University college bestari 

 Kampus Utama di Putera Jaya,  Setiu, Terengganu

University  College Bestari merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta pertama yang berusaha memartabatkan anak yatim dan miskin yang  mempunyai pencapaian baik dalam bidang akademik melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Setelah beroperasi selama 8 tahun sebagai kolej universiti, University College Bestari kini sedang memohon untuk dinaikkan taraf sebagai Universiti untuk terus membuka peluang pengajian kepada anak yatim dan miskan serta golongan yang kurang berkemampuan.

Mohon Sekarang: https://apps.ucbestari.edu.my/prasiswazah/


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Unit Equine UCBestari

Universities are no longer considered 'ivory towers' - PM

Pemilik University College Bestari